KUALA LUMPUR: Hari Wesak hari ini disambut meriah dalam kalangan penganut agama Buddha dengan sesetengah individu masih mengamalkan langkah pencegahan dan berwaspada menghadapi ancaman COVID-19.
Tinjauan Bernama di beberapa negeri mendapati penganut agama Buddha bersama-sama anggota keluarga masing-masing mula mengunjungi tokong pada awal pagi bagi menjalankan upacara keagamaan dan memberi penghormatan kepada Siddharta Gautama, pengasas agama itu.
Di Kedah, ratusan penganut Buddha mengunjungi Wat Nikrodharam Temple atau lebih dikenali, Wat Siam Teluk Wanjah di Alor Setar seawal pukul 7 pagi bagi menjalankan upacara sembahyang.
Tan Juay Kok, 43, dari Taman Gunung Hijau, Alor Setar berkata dia datang untuk menunaikan upacara sembahyang pada 8.20 pagi dalam suasana belum sesak di dalam Wat Siam.
"Orang masih belum ramai, jadi itu memudahkan saya menjalankan upacara sembahyang dan walaupun tidak diwajibkan untuk memakai pelitup muka, saya lihat ramai yang memakainya sebagai langkah berhati-hati dengan penularan COVID-19," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Tan Hooi Chia, 38, dari Taman Saga, Alor Setar yang membawa anak lelakinya berusia setahun pula berkata dia datang pada 9 pagi untuk mengelakkan daripada bersesak dengan orang ramai sebagai langkah pencegahan COVID-19.
Di Selangor, tinjauan di Tokong Fo Guang Shan Dong Zen di Jenjarom, Kuala Langat yang mula dikunjungi seawal 8 pagi tadi mendapati kebanyakan pengunjung memakai pelitup muka sepanjang upacara sembahyang dan pihak tokong mengambil inisiatif mengadakan saringan kesihatan secara percuma.
Di Kuala Lumpur, Setiausaha Kehormat Persatuan Sasana Abhiwurdhi Wardana bagi Tokong Buddha Maha Vihara Brickfields, Tilak Leslie berkata suasana tahun ini lebih meriah berbanding tahun lepas susulan keadaan COVID-19 yang kian terkawal.
Beliau berkata pada hari ini, pihaknya menyasarkan 25,000 hingga 30,000 orang yang akan datang untuk menyambut hari Wesak di tokong berkenaan dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke dijadualkan hadir bagi melancarkan perarakan kereta berhias dan perarakan lilin pada 6 petang hari ini.
Katanya, kira-kira 12 kereta berhias akan turut serta dalam perarakan sejauh 12 kilometer (km) dan dijangka mengambil masa empat jam, bermula di Tokong Buddha Maha Vihara, melalui Little India, Pasar Seni, Jalan Raja Chulan, Bukit Bintang dan kemudian kembali ke tokong.
Di Perlis, Presiden Pertubuhan Buddhis Perlis Hong Bee Im berkata perarakan kereta berhias melibatkan empat kereta berhias dan sebuah beca, sejauh dua km akan bermula pada 7.45 malam, dari Taman Mutiara menuju ke Jalan Jubli Perak, Jalan Bukit Lagi, Jalan Raja Syed Alwi, Jalan Tun Abdul Razak dan pusat bandar Kangar.
Di Pulau Pinang, Setiausaha Jawatankuasa Sambutan Hari Wesak Negeri Datuk Lim Gim Hin berkata sambutan Hari Wesak diteruskan malam ini dengan perarakan daripada 30 pasukan, membabitkan kereta berhias sejauh lapan km, bermula 7 malam di Jalan Burma iaitu berhadapan bangunan Persatuan Buddha Pulau Pinang dengan jangkaan kehadiran lebih 20,000 pengunjung.
Di Negeri Sembilan, Ahli Jawatankuasa Persatuan Buddhist Malaysia Negeri Jonathan Low pula berkata 3,000 penganut menyertai perarakan yang diadakan semalam manakala perarakan malam ini akan melibatkan lima kenderaan berhias termasuk kereta kuda dan beca.
Beliau berkata setakat pagi ini, lebih 300 individu hadir ke Tokong Yen Kok Chee di Seremban bermula 8 pagi bagi melakukan upacara keagamaan termasuk membawa jambangan bunga dan memandikan patung Buddha di tokong tersebut sebagai simbolik penyucian diri.
Di Kelantan, antara lokasi yang menjadi tumpuan adalah Wat Photivihan di Kampung Jambu, Tumpat yang terkenal dengan Sleeping Buddha atau patung Buddha yang sedang tidur bersaiz 40.9 meter panjang dengan ketinggian 10.9 meter, selain Wat Machimmaram di Kampung Jubakar yang menempatkan patung Buddha duduk.
Di Perak, Pemegang Amanah Tokong Wat Siribunyamagaram di Ipoh, Ching Thoo Kim, 57, berkata ribuan penganut dijangka menghadiri perarakan yang merupakan antara upacara utama pada sebelah petang.
Di Sarawak, Dewan Sembahyang Persatuan Buddhist Sarawak menjadi tumpuan penganut Buddha bagi upacara keagamaan sempena Hari Wesak di samping aktiviti kebajikan seperti kempen menderma darah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 04 2023
Tinjauan mendapati penganut agama Buddha bersama-sama anggota keluarga masing-masing mula mengunjungi tokong pada awal pagi bagi menjalankan upacara keagamaan. - Gambar fail/Bernama
Polis tumpas kegiatan proses arak tiruan, rampasan lebih setengah juta ringgit
Secara keseluruhan, 1,683 liter alkohol dirampas dalam serbuan itu selain sebuah kereta jenis Toyota Estima disita.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Rungutan beras berkurang berbading peringkat awal - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata rungutan beras berkurangan sedikit berbading peringkat awal. #AWANInews
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
Kadar SSL daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kadar tahap sara diri (SSL) daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus. #AWANInews
30 hari bicara kes pegawai kanan polis bunuh pelajar
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet, menetapkan tarikh perbicaraan itu bermula 4 November 2024 hingga 17 Januari 2025.
[KOLUMNIS] Apakah Kedah negeri berdaulat?
Pada kurun ke-18, Kedah memiliki kedaulatan ke atas wilayah yang dikuasainya dan penduduk Kedah sendiri mengakui Sultan sebagai pemerintah.
Pecut kereta, polis pengiring KM Melaka selamat daripada dihempap pokok
Kenderaan yang dipandu Koperal Mohd Hafifi Kadrai bersama rakan setugasnya, Koperal Wira Putra Johari berada di depan tiga kenderaan rombongan termasuk yang dinaiki Ab. Rauf.
Daiyan Trisha tunjuk bukti beri sumbangan tabung Palestin cecah RM100,000
Daiyan Trisha minta maaf andai caranya membuktikan sokongan terhadap Palestin tidak tepat.
Gerakan protes pelajar terbesar abad ke-21
Dari AS hingga ke benua lain, matlamat utama demonstrasi itu adalah serupa sebagai tanda solidariti dengan Palestin.
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca dalam masa terdekat.
Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini - JPN
Isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik COVID-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai ini secara berperingkat di seluruh negara.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.